Cari tip2 diet...last2 jmpe yg ni lak...layan je la...............
1. Amalkan Pemakanan Sihat
Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam setiap hidangan kerana kandungan antioksidan membantu menguatkan sel tisu.
.
2. Jauhi Makanan Ringan
Makanan ringan yang tinggi kandungan sodium membuatkan kulit wajah kering.
.
3. Jaga Kesihatan Menyeluruh
Kulit menutupi semua bahagian tubuh dan penting untuk menjaga dalaman atau luaran tubuh bagi membantu mengekalkan seri.
.
4. Lakukan Senaman Wajah Iaitu Ketawa
Bila ketawa, ia akan membantu merehatkan otot tegang pada wajah sekaligus mengurangkan kesan lingkaran yang wujud.
.
5. Jangan Abaikan Kebersihan Kulit
Kebersihan kulit bukan sekadar penting untuk membantu mencegah kulit berminyak dan jerawat, malah turut melambatkan penuaan.
.
6. Elakkan Penggunaan Produk Yang Berbahaya atau Kandungan Bahan Terlalu Kuat
Penggunaan satu rangkaian produk juga perlu berubah mengikut keserasian kulit.
.
7. Elakkan Tekanan
Tekanan juga punca penuaan. Apabila tertekan, bukan saja emosi, malah kitaran tubuh turut terganggu.
.
8. Elakkan Crash Diet (diet mengejut)
Amalan begini mampu menyebabkan kulit hilang keanjalan dan berkedut.
.
9. Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan Berkualiti
Tidur yang berkualiti minimum enam jam dan maksimum lapan jam sehari. Tidur yang cukup membenarkan kulit berehat dan melalui proses penghasilan kolagen secara lebih berkesan. Kesan garis halus dan lingkaran hitam paling mudah berlaku di sekitar mata dan bila kita tidak mendapat tidur yang cukup.
.
10. Kedudukan Tidur Yang Betul
Ini juga penting dalam membantu melambatkan proses penuaan kulit.
Sumber: Berita Harian
N last2 jmpe gak yg di cari....

Tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan pakar pemakanan berpendapat, mengambil ikan dalam makanan adalah baik untuk dijadikan menu diet kerana memberikan banyak manfaat pada kesihatan.
Apatah lagi, hasil kajian sudah pun membuktikan ikan mengandungi protein yang berkualiti tinggi, di samping asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan, malah memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko berbagai penyakit.
Khasiat ikan juga sudah dibuktikan dalam berbagai penelitian kesihatan di dalam dan luar negeri yang memperlihatkan kebaikan ikan bagi kanak-kanak, ibu hamil dan orang dewasa.
Contohnya, dalam satu kajian penelitian di luar negara pada 2004, mendapati wanita yang mengambil ikan secara rutin sepanjang kehamilan akan mempunyai anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang lebih baik sebelum usia 18 bulan. Kajian penelitian yang membabitkan lebih 7,000 kanak-kanak itu berusaha menunjukkan, hubungan menu ikan dengan perkembangan neurologi dan aspek kognitif.
Penelitian lain turut memperlihatkan bahawa risiko melahirkan bayi pramatang dapat dikurangkan secara signifikan apabila ibu banyak mengambil ikan selama kehamilannya. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain pula menemukan kesan positif lainnya, memakan ikan dapat membantu kelahiran bayi dengan berat normal.
Itu adalah antara contoh kebaikan memakan ikan bagi wanita hamil dan kanak-kanak. Banyak lagi kebaikan lain apabila mengambil ikan secara rutin dalam menu harian.
Paling penting, ikan memberikan kandungan protein yang terdiri dari asid amino semula jadi tidak mudah rosak ketika menjalani proses makanan itu dimasak.
Kandungan lemak ikan sebanyak satu hingga 20 peratus, mudah dicerna dan boleh digunakan secara langsung oleh jaringan tubuh. Kandungan lemak ikan sebahagian besar terdiri daripada asid tidak tepu yang diperlukan untuk proses pertumbuhan dan dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Malah, penyerapan protein ikan lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging lembu, ayam dan lain-lain.
Lebih menarik, ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara bagi menambat selera seperti masak stim, dogoreng, direbus dan salai. Bagaimanapun, bagi memastikan khasiat ikan tidak hilang begitu saja apabila dimasak, cara paling baik memasak ikan adalah tidak terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika memilih untuk menggoreng ikan berkenaan dengan minyak panas.
Ini kerana cara pengolahan itu boleh merosakkan kandungan gizi yang terkandung dalam ikan. Oleh sebab itulah, ada pakar pemakanan menyarankan supaya ikan dimakan secara stim atau panggang yang didapati, lebih memberikan manfaat kepada kesihatan. Bagi masyarakat Jepun pula, lebih senang mengamalkan makan ikan secara mentah atau pun paling tidak kukus atau panggang, asalkan ikannya segar.
KENALI KHASIAT IKAN
- Ikan Salmon – selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.
- Ikan Haruan – Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya. Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit.
- Ikan Tongkol – Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam.
Lunch nnti nak gi cari ikan bakar la...hehe....renung2kan n slamat beramal....=)
Azie OrangeGurlz
good
ReplyDelete